Sepuluh sembilan lapan
Kata ayah ini dia waktu
Masa umurnya baru satu
Tapi nenda dipanggil balu
Tujuh enam lima
Manusia semua lupa
Makna dulu dan ketika
Atas paksi apa
Hari ini kita ada
Empat tiga dua satu
Langit berubah rona
Antara hitam dan riak warna
Aku tersimpuh di balik jendela
Keliru mahu tangis atau gumbira.
2345
30.08.13
Bayt Wardah Ceria, Irbid, Jordan
Selamat sambut merdeka.
No comments:
Post a Comment