12/09/2013

Makan [2]

[Makan 1]

Dalam seminggu dua lepas program haritu, aku dapat lagi invitation through someone else. Katanya ada senior ajak pergi rumah. Ada makan-makan. Aku pun apa lagi, yippee!

Kali ini area-area Intec tu je pun diorang bawak. Dekat Seksyen 7 rasanya, apartmen. Menariknya, datang-datang terus makan. Eh, sebab bukak puasa kot? Terkezutnya bila kena makan dalam talam. First time dan geli nak mampos. Aku macam kuis-kuis sikit ambik part aku je. Hahah. Noob gila.

By the way, kononnya (memang betul lah kot) abang spec besar yang masakkan. Lauk ayam masak lemak cili padi memang setaraf masakan Mama. Tak tipu. Serius rasa sejibik.

Lepas solat Maghrib, ada taaruf taaruf pulak. Aku sebenarnya macam pelik sebab setiap kali jumpa nak kena taaruf. Tapi aku suka je sebab boleh fikir kreatif. Camne nak bagi orang ketawa atau bagi rasa spesel time kita punya turn.

Nama diberi...
Anak hasil perhubungan...
Nama panjang, pendek, manja
Dan pelbagai kelakar krik krik yang lain.

Diorang ketawa je. Cuma tak tahu ikhlas ke tak. Hahah. In the end, abang senior hantar sampai kolej kediaman. Dan aku pun tidur kenyang.



Kolej Kediaman Cemara masa duduk Intec dedulu
Sumber : Google


Lepas solat terawih of course... err... yup, dalam bilik. Lol.

Bersambung...

[Makan 3]



No comments:

Post a Comment

Blogger Wordpress Gadgets