15/03/2014

Review Buku : Lunyai

Mulai harini, setiap buku yang aku baca, aku rasa aku nak buat review. Supaya at least, ada jugaklah output.

Buku pertama aku nak review, tajuknya Lunyai. Buku ni adalah antologi cerpen oleh Lejen Press. Tema cerpen dalam buku ni pasal superhero/gengster. Jadi banyak aksi. Sangat. Dan walaupun aku tak minat nak hadam benda-benda gaduh ni, aku suck it up sampai habislah. Alang-alang menyeluk pekasam, kan.


Buku Antologi Cerpen : Lunyai

Jadi, aku buat komen one by one. Sebab kalaulah aku ada tulis, aku rasa aku nak dengar orang kritik cerpen aku instead of the whole book as general. So, this is as a favour for each and every writer. Eh?

Tengik oleh Naufal Tarmizi
Aku suka olahan idea tengik tu. Dan rasanya cerpen ni ada direview satu surat khabar so memang well-written piece lah.

Aku oleh Azwar Kamaruzaman
Cerita ni aku suka idea gila yang dia ada. Cuma, in the early part aku rasa serabut sikit. Tapi maybe aku jelah. Kot.

Mustapa oleh Azreen Asri
Cerpen yang ni aku kurang minat sebab aku tak suka place setting dia. Tapi ni memang most probably masalah aku sorang je kot. So, sepanjang aku baca cerpen ni aku rasa macam dull sebab serious talk, aku tak suka setting pekan (bajet budak bandar lettew). Twist hujung cerpen ni bijak lah tapi.

Emo oleh Mohd Taufik
Aku minat cerpen ni sebab dia ingatkan aku zaman asrama. Emo ni cerita dia tak twist sangat cuma scene dia macam alive jugaklah. Part nak ending tu aku suka, tapi ending tu buat aku turned off. Sebab aku ada sikit isu relevan ke tak. 

Kyle, Kembali oleh Hatim Kamarul Zaman
Untuk sebuah cerpen, aku kurang minat gaya macam ni. Penulisan dia more to a novel, aku rasa. Padahal sebab stress sorang-sorang pasal nak tau kesinambungan dia kan. Hahah.

Lelaki Dan Sebilah Pisau oleh Resmanshah
Cerita menarik. Sampai hujung kita jadi "Like what?". Cuma penyelesaian masalah dia masa klimaks, part tahu rumah mana nak ambush tu, bagi aku, terlampau mudah.

Bogel oleh Deen
Aku suka olahan dia. Walaupun too easy to predict after few pages tentang kiasan yang dia guna, tapi pembawaan bagus. Ending macam hambar sikit, though.

Dual oleh Ehsan El Bakri
Cara dia synchronize kan tu hebat. Boleh rasa action dalam cerita. It's just I'm not so into, "kemudian dia terbangun dari tidur" stuff sebab bagi aku, karya camnilah yang buat orang baling buku masuk Tasik Titiwangsa. Hahah.

Slayer oleh Syafie Mahyani
Aku suka sebenarnya cara penceritaan yang dia bawak dalam cerpen ni, cumanya dekat part hujung tu, dia macam lost momentum. Bagi aku sebab dia cuba sepadukan falsafah, cerita jadi lemah sikit.

Grunge Kid oleh Nami Cob Nobbler
Aku tak minat sangat cerpen ni sebab semuanya berlaku dengan pantas. Tak sempat amik mood. Tapi overall, still an okay cerpen.

Badar oleh Naufal Tarmizi
Tertarik sikit sebab cerpen ni tentang norma. Penulis bawa benda tipikal which is supposed to be bored, tapi pembawaan dia tak terlampau suram.

Mat Torpedo oleh Hilmi Hazwan Humaidi
Aku rasa cerpen ni terlampau lembab. Still, aku suka idea yang dia bawa.

Ecstacy oleh Syafie Mahyani
Aku paling suka cara penulisan yang ni. Details dia kasi memang boleh buat aku bayang even though, it's kinda of a fantasy.

Janin oleh Azwar Kamurazaman
Beginning membosankan sebab ada part tu dia ulang benda sama yang tak nampak signifikan. Tapi ada beberapa part yang aku betul-betul tabik, sebab memang betul-betul datang mood cerita tu.
 Sekian ulasan satu persatu cerpen. Tak banyak ulas sangat pun. Malas nak over-over. Bajet KOMSAS apa. Lagipun, takut ada yang terasa hati ke apa. Cumanya, aku rasa aku komen tu tak adalah buruk sangat pun. Semua cerpen aku rasa okay. Buku ni kalau perlu dibintangkan, maybe 3/5. By the way, buku ni pertama buku yang aku ulas sebab... (sila lihat gambar di bawah).


Adibiru, Kucing Dan Afifi

 Karya cerpen pertama aku yang terbit dalam antologi! Hoho. Tapi bagi aku, ni merupakan karya paling loser dalam satu antologi tu. Tapi in my defense, first karya kot. Heheh. Lagipun, kalau baca betul-betul, tak banyak sangat pun aksi. Kan aku cakap, aku kureng sikit bab-bab gaduh ni. Bertumbuk pun tak pernah. Lembik sangat. Hurm.

 Apa-apa pun, aku ada terjumpa satu review kat Goodreads.


Sumber : http://www.goodreads.com/book/show/20650877-lunyai?from_search=true

Aku rasa dua ayat pertama tu untuk aku kot. Lol. Feeling sebenarnya adalah T.T

Kbai.

2 comments:

Blogger Wordpress Gadgets