01/04/2014

Jumpa

 Currently, in the library.

 Perlu paksa diri untuk sentiasa stayback selepas setiap kuliah. PERLU. Dengan berlalunya sistem pertama bulan lepas, Sistem Kardiovaskular (amik kau aku convert Cardiovaskular System), aku dah tahu yang aku memang teramatlah bodoh dalam kalangan pelajar medik.

Jadi aku kena study macam dak-dak nerd. Spec mata dah besar, otak je tak besar-besar. Puih. Bajet hipster.

Apa-apa pun, untuk Hematopoietic Lymphatic System (sorry tak dapat convert BM, malas google) aku cuba berubah. Kena. CVS macam kecundang je gayo. Jadi, I can't make another mistake. I just can't afford it.

 Gilanya lah hidup aku. Apa-apa pun, study-study gak, minat kena teruskan. Baru-baru ni dapat projek baru daripada Buku Hitam Press. Projek ni macam berat sikit. Due date in two months. Doakan lah aku berjaya siapkan walaupun sebelum ni selalu langgar deadline. Bahahah.

 Ya, aku tahu. Aku budak medik. Bukan budak sastera nak menulis bagai. Tapi macam aku dah cakap, study-study gak, minat kena teruskan. Asal minat tak mengganggu study kira okaylah kan. Sebabnya, aku menulis bila aku takde mood nak study. Kalau aku takde mood nak study, kau taruklah lecture notes seguni depan mata pun, aku still takde mood nak study.

Doakan kerjaya medik dan menulis aku. Sekian.

p/s : Wardah dah jumpa. Lol.


No comments:

Post a Comment

Blogger Wordpress Gadgets