"How was your holiday in Malaysia, Iz?"
Soalan ini bertalu-talu ditembak usai saya kembali ke tanah Syam yang semakin garang matarinya.
Mengingat kembali kenangan hampir dua minggu lalu tidak sukar. Saya mendepani pelbagai cabaran untuk menyertai program ini. Sementelahan keberadaan saya di Jordan sebagai pelajar perubatan tahun lima. Walau bagaimanapun, aturan Tuhan lebih hebat dan bijaksana.
Minggu Penulis Remaja
Sejujur-jujurnya, niat saya hanya satu; mendapatkan gelaran sebagai alumni MPR . Ya, saya sertai MPR semata kerana nama. Panggillah saya superfisialis, dan saya akan akui dengan rela. Siapa tidak mahu berada seiring dan sejajar dengan nama-nama hebat alumni ini? Jujurlah .
Poster Permohonan MPR 2017 |
Saya mula terlibat dalam dunia penulisan dengan menghadiri bengkel penulisan kendalian Puan Nisah Haji Haron(1993) dan Kak Salina Ibrahim(1991). Meneruskan pengajian di bumi Jordan, saya bertemu pula Abang Shafiq Said(?) dan sempat berguru dengannya. Abang Haniff Yusoff(2009) dan Kak Ainunl Muaiyanah(2006) pula seringkali berinteraksi dengan saya di media sosial sejak beberapa tahun dahulu. Sebagai ahli aktif Grup Karyawan Luar Negara, saban hari laman Facebook saya dipenuhi pos Abang Fahd Razy(2000). Nah! Mereka inilah yang mewarnai minat saya terhadap dunia penulisan sastera.
Bengkel penulisan pertama dan alumni MPR pertama saya kenali adalah Puan Nisah Haron pada tahun 2009 |
Dan hari ini, saya menjadi sebahagian daripada mereka.
Apakah ada nikmat yang lebih bahagia dari ini?
Di awal mula, saya sedikit tidak senang. Saya membelanjakan lebih RM2000 untuk membeli tiket kapal terbang, ditambah RM200 sebagai yuran penyertaan. Dalam bahasa kasar, saya membeli nama dengan harga RM2200. Dan mungkin sahaja peserta lain adalah dari sekolah menengah entah mana-mana yang sebenarnya tak mengerti pun peri pentingnya program ini! Alangkah ruginya.
Apakah ada nikmat yang lebih bahagia dari ini?
Di awal mula, saya sedikit tidak senang. Saya membelanjakan lebih RM2000 untuk membeli tiket kapal terbang, ditambah RM200 sebagai yuran penyertaan. Dalam bahasa kasar, saya membeli nama dengan harga RM2200. Dan mungkin sahaja peserta lain adalah dari sekolah menengah entah mana-mana yang sebenarnya tak mengerti pun peri pentingnya program ini! Alangkah ruginya.
Kalau yang pasti hebat pun adalah Taufiq Roslan yang saya sendiri beria-ia mengajaknya di Instagram kerana dia adalah kenalan sahabat karib saya di Jordan. Taufiq mempunyai satu kumpulan puisi berjudul "Sahifah Buat Kekasih" keluaran Grup Karyawan Luar Negara yang mana, saya pun masih skeptik dengan kehebatan Taufiq kerana saya tahu, ketika itu GKLN ingin mempromosikan ahlinya untuk berkarya dan menerbitkan buku masing-masing buat kali pertama. Maka, mungkin sahaja karyanya tidak berkualiti dan sekadar cukup-cukup makan tetapi masih dilepaskan dengan menutup sebelah mata.
Memang bersungguh mengajak budak ni |
Sejurus program bermula, saya mengenali seorang demi seorang. Dan demi masa yang berlalu, Tuhan ingin mengajar saya ketika itu.
Astaghfirullah, betapa buruknya prasangka saya. Rata-rata yang saya kenali (lelaki terutamanya) adalah penulis-penulis hebat yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bukan calang-calang
Dua daripada mereka, Johan Radzi dan Azrin Fauzi, masing-masing pernah tersenarai karyanya dalam Cerpen Terbaik 2014 dan 2015 keluaran Fixi. Abdul Karim, Akif Jebat, Muhammad Ramadani dan Muhammad Fadzli karya mereka banyak tersiar secara eceran dalam majalah dan surat khabar. Iman Danial pula ada menulis dalam "Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?" yang merupakan buku bacaan semasa saya sebelum datang ke MPR. Abdul Rashid adalah pelajar penulisan skrip di UITM. Hatta yang paling muda dan kononnya paling tidak berpengalaman, adalah Ryinaldi dan Ammar yang baru sahaja selesai Sijil Pelajaran Malaysia 2016, dan mereka ini adalah bekas peserta Tunas Remaja Kebangsaan!
Oh ya, saya berkesempatan membaca "Sahifah Buat Kekasih". Ya Tuhan, karya-karya yang berjaya saya baca selintas lalu itu, membuatkan diri ini jadi kerdil . GKLN tidak mengeluarkan karya cukup makan, tetapi karya yang memakan hati saya!
Pernah beli, tapi tak baca. Bila ke MPR, baru curi baca tuan dia punya |
Bersambung...
No comments:
Post a Comment