05/05/2017

Gula dan Guli

Salam.

Alhamdulillah 
.

Diberikan rezeki berturut-turut untuk tersiar karya dan yang terbaru berjudul "Gula dan Guli".
Boleh dapatkan surat khabar SelangorKini Edisi 5 Mei - 12 Mei 2017 untuk membacanya.

Atau boleh sahaja baca di pautan ini 
.

Buat pengetahuan, karya-karya yang tersiar di SelangorKini akan dinilai bagi Hadiah Sastera Selangor 2017. Kalau ada rezeki, siapa tahu, kan?

Hahah.

Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada Tuan Editor Fazallah Pit kerana memilih karya saya untuk disiarkan.

Sebenarnya, jujurlah 
, malu juga tiap-tiap minggu karya tersiar. Tapi itulah, semangat pasca MPR 2017 masih berbaki . Tulisan yang tersiar kebanyakkannya saya tulis dalam tempoh itu cuma terbitnya sehingga ke hari ini. Sampai ditegur orang pula tu sebab bosan asyik nama saya je naik dalam Hebahan Karya Tersiar oleh Cikgu Helmi Ahmad di laman Facebook .

Sudah... tak tahu nak jawab apa bila orang cakap orang dah bosan dengan kita.

 

No comments:

Post a Comment

Blogger Wordpress Gadgets